PUTRAJAYA, 12 APRIL: Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada minggu epidemiologi (ME) ke-14 tahun ini iaitu 2 hingga 8 April lepas menurun 5.4 peratus kepada 2,239 kes berbanding 2,365 kes pada minggu sebelumnya, dengan dua kematian dicatatkan akibat komplikasi demam denggi.